Monday, November 24, 2008

Insan Yang Pernah...Masih... aku sayangi...

Subhanallah...

Cantik sungguh ciptaanMu Ya Allah...

Aku pun x tau mcm aku bole syg kat dia sangat2, mungkin ini yang dikatakan kurniaan dan anugerah Allah, tuhan yang menciptakan segala-galanya...

Hampir seluruh nyawa dan apa yang aku miliki aku tinggalkan untuk memilikinya... tapi aku x dapat berbuat apa2... kecuali berusaha dan bertawakal atas apa yang aku usahakan.

Kerana dia aku dapat meniggalkan tabiat burukku, sedikit demi sedikit aku tinggalkan kegiatan berlumba secara haram atas nasihatnya.

Namun semuanya atas kehendakMu, mungkin apa yang berlaku hari ini, ada hikmah di sebaliknya... Walaupun semuanya telah berlalu, kesusahan, kepayahan dan kesakitan aku hari ini x bermakna hari esok dan akan datang juga sama seperti hari ini.. Harap2 bertambahlah baiknya atas keizinanMu...

Mungkin dia sedang bahagia dengan jalan yang dipilihnya, dan aku tetap kena teruskan perjalanan hidupku yang masih jauh... dan apa yang berlaku hari ini akan aku jadikan pengajaran yang amat berguna untuk hari-hari yang mendatang...

Jeney... ooh... Jenney


Janey Looi...(gambar ni tahun 2004 punyer..) Hmm... begitulah namanya. Begitu istimewa bagi aku. Dialah yang mengajar aku segala-galanya pasal dunia permotoran kepada diriku yang selama ini langsung tidak tahu apa-apa langsung pasal motor, yang tau cumalah naik motor.
Anak kepada mendiang Tong Veng Kit, pengasas Pasukan Petronas Sprinta TVK.
Aku mengenalinya semasa aku di Tingkatan 3 tahun 1998, yang ketika itu aku mengikut kawan aku untuk diinterview menjadi seorang pelumba untuk pasukannya. Aku disuruh oleh ayahnya ketika itu, untuk mencuba sekali tetapi aku dengan malu-malu menjawab 'tak pandai bawak motor'.
Dia di tepi terus mentertawakan aku, malu sangat masa tu. Mana taknya umur dah 15 tapi tak reti bawak motor. Janey yang umurnya tua 2 tahun dari aku menawarkan diri untuk mengajar aku menunggang motosikal, owh.. memang aku ni dilahirkan untuk sukan bermotor agaknya, tak sampai satu jam belajar aku dah pandai dah bawak motor...bukan calang-calang motor 125z tue... motor paling popular sekitar 1998-2002.
Dari hari kesehari aku tanamkan tekad untuk menjadi macam shahrol yuzy xpun macam max biaggi, dan bulan Mac 1999 aku telah mendapatkan 'super licence' untuk berlumba dalam perlumbaan cub prix...aku pun ditest di atas litar sebagai pemandu uji untuk pasukan dan kepantasan aku pernah mengatasi juara cub prix kelas novis ketika itu, itu yang cukup membanggakan aku dan juga Jeney.
Sembilan bulan aku mengenali Jeney, hubungan aku dan dia menjadi semakin rapat.. ke mana-mana berdua...dan mungkin itu cinta pertama yang lahir dari aku. Jeney pun cukup memahami aku..dan sikit-sikit mempelajari tentang agama dari aku dan pernah menyatakan ingin terus bersama aku kerana berasa tenang bersama aku..
Sedihnya... hubungan ini tidak berpanjangan...dan kerier aku terhenti, kerana tentangan daripada keluarga aku, keluarga aku menyatakan sukan berlumba tu x kemana nanti kalau eksiden diorang jugak yang susah... Begitu juga dengan Jeney kerana berlainan agama, budaya dan adat aku dengan berat hati terpaksa meninggalkannya...Nak kontek2 ke sms2 ke masa tu xde la kan sebab xde enset lagi... dan terus terhenti macam tu je...
Aku terpaksa lupakan segala-galanya kerana masa tu aku dah ting 5 dan SPM menungguku.. Aku pun mula kosentret untuk SPM tapi susah untuk lupakan segala-galanya...
Cuma 1 je minat aku untuk sukan permotoran tetap ada...nak SPM aku tetap berlumba, tapi bukan dengan cara yang halal... dan bermula situlah aku jadi RAJA JALAN RAYA!!!

Wednesday, November 12, 2008

Assalamualaikum pembuka kata...

Salam perkenalan semue...
Sebelum ape-ape saya ucapkan selamat berkenal-kenalan...
Semoga selamat semuanya...
Dan direstui Allah hendakNya...